Resipi Aiskrim Homemade ala Paddle Pop yang mudah dan sangat sedap

Saja saya nak Kongsikan bagaimana cara buat Aiskrim Homemade ala 'paddle pop'. 
Resipi ini bukan saja, sedap dan mudah. Tetapi bahan-bahan nya juga mudah diadapati dan murah. Anak dan suami saya sangat enjoy semasa proses aiskrim ini di buat. Mungkin boleh juga di jadikan sebagai suatu akviti di hari cuti
Ok, jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuat aiskrim ala 'paddle pop' yang confirm jadi dan sedap ini.

RESiPi HOMEMADE AISKRIM PADDLE POP

Bahan-bahan:-
1 kotak susu Full Cream
5 sudu besar susu pekat
3 sudu sudu besar ovalette
1 sudu besar esen vanila
1 biji telur
5 sudu besar gula
Pewarna pink, biru, hijau (atau ikut warna kesukaan anda)

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan KECUALI PEWARNA ke dalam mixer. 
2. Putar selama 20 minit tanpa henti atau sehingga kembang. 

Tips Bagaimama nak Tahu dah kembang ke belum?

Lihat jika bahan bertukar menjadi lebih putih dan pekat. Dan apabila di angkat ia tidak jatuh



ini Zuyyin. Dia yang sangat happy dok buat aiskrim. Dok Tengok la bahan tu berputar-putar, sambil bertanya, dah ok ke? Dah siap ke ni?... Hahaha


Ini lah part yang di nanti nanti kan oleh si Zuyyin. Iaitu mewarna. 

Untuk warna aiskrim ni, saya pilih color pink, hijau dan biru. Anda boleh la pilih ikut warna kegemaran anda ya. 

Bahagikan adunan kedalam mangkuk dan warnakan. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Corak nya, terpulang lah anda nak corak cemana. 

Sebab ni la anak dan suami saya sangat enjoy buat aiskrim ni, sebab nya mama berikan kebebasan untuk mereka tentukan warna dan berkreatif buat corak. Hahaha


Maka siap lah suda hasil karya kreatif mereka. Dengan sekotak susu tu, dapat tiga bekas ni. Modal lebih kurang rm17, termasuk pewarna dan ovalette. Jadi next time beli susu aje, pewarna dan ovalette boleh guna lagi. Jimat banyak kan? 

Selamat mencuba.