Protein adalah Makanan Kanser. Betul ke Tipu ni?


Apa betul ke yang saya dengar ni?

Sebenarnya Protein adalah makanan Kanser??

Allahuakbar, terkedu jap mendengar nya. Berapa banyak dah protein yang masuk ke badan saya, anak-anak, suami, keluarga, kawan-kawan...

Lagi pula Protein sememang nya umum dah tau, ia penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan juga sangat bagus untuk membina Otot. Tanpa Protein, bentuk tubuh badan akan menggelebeh dan tak Solid.

Aish.. baik jangan duk ber teka teki teka tekok dan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Tambahan pula zaman sekarang ni isu viral cepat je orang nak percaya. Apatah lagi menuding jari pada produk tertentu yang memang menawarkan Diet High Protein..

Jadi mari baca apa kata Doktor Fyda.

PROTEIN MAKANAN KANSER

Uolss pernah dengar tak pesakit kanser tak boleh makan atau kena kurangkan protein sebab protein tu makanan kanser, jadi kanser akan cepat membiak dengan pengambilan protein.

Sayang2 semua... meh KakFyd nak membebel sikit..

Kalau sel kanser makan protein, sel normal nak makan apa?

Dalam badan pesakit kanser tu, bukan semua sel dia tu kanser. Ada juga sel-sel normal kan?

Protein ialah asas yang sangat2 diperlukan untuk pembentukan sel-sel baru yang sihat. Protein yang perlu dielak tu mungkin protein haiwan yang dicucuk hormon, cucuk antibiotik supaya binatang cepat gemuk dan elakkan penyakit. Protein haiwan juga turut mengandungi lemak dan kolesterol.

Protein juga diperlukan untuk membentuk antibodi bagi menguatkan sistem imun badan. Pesakit kanser ni sistem imun dia rendah. Sebab penyakit tu sendiri dan sebab rawatan kemoterapi.

Average protein yang diperlukan adalah 45-60g sehari. Bagi pesakit yang sedang menjalani kemoterapi, disarankan mengambil diet protein yang tinggi iaitu 1.2g/kg/hari - average 70g sehari.

Jadi, mengikut saranan American Cancer Society - 2/3 protein yang diperlukan badan diambil dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya, kekacang. Yang 1/3 lagi dari boleh la dari sumber haiwan.

Protein tumbuhan pun, sebaiknya cari yang organik ya. Dan kalau ada protein yang PDCAAS skornya 1 dan lengkap dengan semua asid amino dah tentu antara pilihan terbaik kan?

#dietPesakitKanser


Ok..? Ada paham kah? Hehehehe saja tau buat terkejut. Kecut Perot i... Nasib baik Akak mengamalkan Protein yang PDCAAS Skor nya 1. Muuah ciked!

















No comments:

Post a Comment