Orang yg berjaya ialah orang yg Percaya Pada Diri Sendiri

Orang yg berjaya ialah orang yg percaya.

Percaya apa?

Percaya dia akan berjaya.

Ni bukan teori mat saleh (biasa la org kita kalau sebut pasal motivasi, depa kata teori mat saleh) tapi ada dalam al-Quran.

Ayat pertama surah al-Mu’minun:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Perkataan قد berada di depan fi’il madhi (past tense), jadi ayat ni menjadi present perfect tense.

Senang cakap, maksudnya bukan sekadar “Sesungguhnya berjayalah org2 beriman” tapi makna dia lebih dalam “Sesungguhnya TELAH BERJAYA & TERUS BERJAYA org2 beriman”.

Iman maksudnya percaya.

Dalam ayat ni takde cakap percaya pd Allah ke malaikat ke kitab ke... (ayat2 lepas tu baru dihuraikan).

Yakni orang2 yang percaya dia akan berjaya.

Bila kita percaya yg kita akan berjaya, kita telahpun berjaya.

“Sesungguhnya telah berjaya & terus berjaya org2 yg percaya mereka berjaya”

Sistem kepercayaan ini bukan ciptaan pakar motivasi mat saleh, tapi motivasi daripada Allah melalui al-Quran.

Muslim yg benar2 faham & berpegang kepada Al-Quran adalah orang2 yg sentiasa positif dan bermotivasi.

Yang menggunakan agama sebagai alasan untuk berkadar2 saja, anda salah dan bersalah, kawan. Agama kita tak ajar kita berkadar2 saja, asal buat saja, buat syarat saja.

Jangan sampai kita menjadi penyebab fitnah macam ni - “if you are too lazy to learn science, not bothered about truth, need a false feeling of being superior, try religion”.

Copy paste From, Master Lyna. IReach.