9 Tips Kurus yang perlu anda tahu untuk dapatkan bentuk badan cantik

Menjadi kurus, kini bukan lah hanya mahu menjadi cantik semata-mata. Ia nya lebih dari itu.

Menjadi kurus dan memiliki berat badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Dengan tubuh badan yang sihat, ringan dan bertenaga akan membuat kan hidup lebih bermakna dan menjalani aktiviti harian dengan gembira dan yang paling penting kita mampu beribadah dengan lebih selesa. Nak beli baju untuk ber fesyen juga tiada masalah.

9 Tips Kuruskan Badan

1# Jangan Berlapar
Ini kerana jika kita berlapar akan menyebab kan badan rasa mahu makan lebih lagi. Padahal pada waktu ini metabolism badan sudah mula merosot kerana badan menggunakan tenaga lebih dari apa yang kita ambil. Tubuh mula membakar otot! Untuk membekalkan tenaga.

Memang anda akan rasa seperti kurus dengan cepat, tetapi hakikat nya, Badan telah kehilangan banyak Otot yang mengakibatkan metabolism menjadi rendah. Apabila Makan senasa metabolism rendah, akan menjemput lemak untuk datang bertandang! No no no. Ini lah punca masalah kurus Yo-yo. Iaitu badan Cepat kurus, kemudian bila makan sikit saja, badan sudah gemuk semula.

2# Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minum kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat kepada otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid dalam HCL yang membantu proses pencernaan makanan.

Akibat jika Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman dan menjadi punca perut buncit dan lambakan toksin.

3# Minum sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari
Percayalah, air mampu membuat kan nafsu makan yang membuak-buak tu menurun!

Ini kerana, kadangkala kita merasakan mahu makan, padahal sebenarnya badan meminta air bukannya makanan. Salah tafsir inilah yang mengakibatkan nafsu makan yang merapu dan akhirnya menjadi Obesiti.

4# Elakkan minuman manis dan bergas
Ramai yang sudah tahu, 1 tin minum bergas mengandungi 7-8 sudu gula. Haa..sudah tahu, masih lagi mahu amalkan setiap hari?

Tolong sayangi lah mereka yang tersayang yang masih memerlukan kita. Jika kita tidak sihat, bagaimana nasib mereka? Jadi, tolong lah, jika mahu kurus, tinggalkan tabiat minuman manis dan bergas ini. Jika mahu sebulan sekali boleh la tapi jangan setiap hari, apatah lagi setiap jam.

5# Kurangkan pengambilan garam dalam diet seharian
Pengambilan garam yang tinggi dalam makanan seharian juga merbahaya, selain mengundang penyakit darah tinggi, garam juga akan mengikat air dalam badan. Akibatnya air akan bertakung dalam badan.

Ini kerana secara semulajadi badan mahu melindungi tubuh dari kehadiran garam yang berlebihan dan menyimpan air untuk meneutralkan nya. Akibatnya, Badan mula membesar dan orang biasa sebut, gemok air.

Jadi, jika kita mula kurangkan garam, maka tubuh badan tidak menakung banyak air dan berat akibat air berlebihan itu boleh dikurangkan.

6# Jangan Skip sarapan
Menurut satu kajian mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang bersarapan. Kenapa? Kerana, sarapan membantu menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolism juga turut meningkat untuk membakar kalori.

7# Makan dengan perlahan dan cermat
Nikmatilah makanan anda dan jangan lah makan seperti raksasa ( makan secara perlahan, supaya otak dapat menerima isyarat kenyang dari tubuh badan.

8# Kunyah makanan kepada cebisan kecil
Kunyahlah makanan anda kecil kecil supaya makanan lebih mudah di hadam dan dapat elakkan daripada masalah sembelit.

9# Makan kerap dalam jumlah yang kecil
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit berbanding makan sekali dua tetapi pada kuantiti yang banyak.

Situasi Berat Badan Payah Nak Turun!
Pernah kah anda terfikirkan mahu menurunkan berat badan dengan berkesan, tetapi nampak nya, apa jua yang anda lakukan ia seperti menemui jalan buntu, di mana berat badan anda sikit pun tak turun malah lebih menaik pula. 

jika ini yang terjadi, kemungkinan besar anda perlukan DETOX untuk membuang segala toksin yang bertakung di dalam tubuh badan.

Akhir kata, selamat berdiet dan amalkan pemakan dan kehidupan yang sihat.



Hubungi Siti, 019-552 2329 untuk ketahui lebih lanjut mengenai Shaklee dan Apakah vitamin untuk Set kurus Shaklee mengikut kesesuaian anda. Ini kerana setiap daripada kita adalah unik dan keperluan vitamn untuk setiap individu juga berbeza.

No comments:

Post a Comment