Mudah nya Didik Anak Mendengar Kata

Anak adalah anugerah yang Maha Esa kepada pasangan Suami Isteri untuk di pinjam kan. Allah swt bagi pinjam kepada kita untuk kita semai, didik, jaga dengan kasih sayang. 

Kita sebagai ibu bapa lah yang corak kan mereka. Mereka ibarat kain putih yang bersih suci. Jika kita warna kan nya dengan merah, maka jadi merah lah mereka..

Tak di nafikan kadangkala, mereka buatkan kita rasa geram, marah, sakit hati. Tapi, percaya lah itu semua adalah ujian kepada kita untuk mendidik hati kita, mendidik kesabran kita juga mendidik emosi kita. Kalau kita yang dah dewasa ni pun payah nak kawal emosi dan perasaan bagaimana kita mahu anak kecil itu mengawal perasaan mereka?

Jom, kita ikuti Teknik 'kosongkan Gelas' oleh Sharifah zahidah dalam Mudah nya Didik Anak mendengar kata.



Salah satu sebab anak tak dengar cakap kita, bukanlah sebab anak tu memang dilahirkan degil atau taknak dengar kata.

Tak.

Anak tak dengar kata boleh jadi puncanya dari kita sendiri, bilamana kita TAK BANYAK MENDENGAR MEREKA BERCAKAP-CAKAP DAN KITA SENDIRI TAK BANYAK BERCAKAP-CAKAP DENGAN MEREKA.

"Eh apa pula Ustazah, saya selalu bercakap-cakap dengan anak saya, tapi memang dia yang taknak dengar cakap.. Degil! Berbuih mulut cakap baru nak jalan..!"

Ya, betul. Kita memang selalu bercakap dengan anak, tapi, pernah tak kita AUDIT apa yang kita CAKAP DENGAN ANAK-ANAK tu?

Maksudnya, adakah kita BERCAKAP BENDA YANG BETUL dengan anak-anak selama ini, iaitu benda yang anak-anak perlu dengar? 

Atau kita sekadar cakap dan bercakap tanpa pernah audit apa yang kita cakap itu samada itu yang perlu anak dengar atau tak?

"Contohnya macam mana tu Ustazah?"

Contohnya, kita selalu cakap dengan anak-anak. Tapi asal kita bercakap saja dengan anak, kita fokus pada ARAHAN dan benda-benda yang kita ‘anggap penting’ sahaja.

"Kakak, pergi mandi. Kakak, jangan kacau adik. Kakak, kerja sekolah dah siap belum?"

"Kakak, ibu penat ni. Dah jangan nangis lagi.."

"Kakak, ibu nak sidai kain kejap, kunci pintu rumah tu.."

“Kakak, pergi sekolah jangan gaduh dengan kawan tau..”

Dan KITA TERUS BERCAKAP DENGAN ANAK-ANAK TENTANG BENDA YANG PENTING!

Kerana kita rasa itu penting, maka kita cakap dengan anak-anak tentang perkara-perkara ‘penting' itu SEPANJANG MASA!

Walhal, sebenarnya BERCAKAP ‘perkara-perkara yang penting’ bagi seorang anak adalah sebenarnya ‘bercakap perkara-perkara yang tidak penting' bagi diri kita!

“Kakak rasa cantik tak sikat baru kakak yang Hanim bagi semalam?”

“Ehhh... Kakak buat suara macam kataklaaa... Ongggg onggggg...!! Lucu ibu dengar!”

“Kakak... Comotnya makan! Sampai hidung kakak pun makan nasi jugak! Sedap sangat ke atau kakak yang lapo sangat?”

“Teddy bear kakak dah minum susu belum?”

“Bear ni bau busuk masyiam laaa. Kakak dengan bear ni siapa lagi busuk eh..?” :P

“Eh, tengok tu.. Adik nyanyi la kakak. Adik nyanyi apa ibu tak faham apa-apa langsung.. Kakaklah explain kat Ibu adik nyanyi apa. Hahaha!!”

Yes. ITU BENDANYA.

Benda-benda remeh yang memang kita rasa tak sepenting memasak di dapur, sidai baju, pantau kerja sekolah anak-anak dan menguruskan rumahtangga, tetapi itulah yang SANGAT PENTING untuk MENGIKAT KETAATAN dan KEPATUHAN dalam diri anak-anak. Sehingga hatinya terikat untuk sentiasa menyenangkan kita, dan MENDENGAR KATA KITA.

"Apa kaitan perbualan dan cakap-cakap ‘tak penting’ tu dengan kepatuhan anak-anak dalam mendengar kata kita..?"

Begini..

Bila kita tanya soalan-soalan dan timbulkan perbualan ‘tak penting’ macam tu, anak-anak akan CENDERUNG, DIDORONG untuk MELUAHKAN RASANYA, PENDAPATNYA, DUNIANYA kepada orang yang dia paling cinta dan puja.

Hati dan perasaan, itu ibarat isi dalam gelasnya. Yang mesti dikosongkan dahulu, sebelum menerima 'isi' baru.

Apabila anak-anak dah kosongkan ‘gelas’ dia. Agak-agak boleh tak dia nak terima air dan muatan baru? Tentulah boleh!

Tapi kalau gelas dia sendiri dah penuh, kita nak isi dan tambah muatan baru, hasilnya tentulah melimpah dan tersia-sia!

Tak masuk dalam gelas, sebab itu anak jadi tak dengar cakap.

Sebab, kata-kata itu semuanya ibarat limpahan air ke dalam cawan yang sudah sedia penuh. Tak tersimpan malah terbuang!

Sebab itu, KOSONGKAN GELAS ANAK itu sangat penting sebelum anda sendiri tuangkan isi baru kepada mereka.

Belajar mendengar mereka, sebelum kita mahu didengari. Biar mereka luah, sebelum kita menambah!

Luahan cerita dan emosi anak-anak akan membuatkan anak-anak rasa tenang, lega, difahami, dihargai, dipercayai, DEKAT, RAPAT dengan insan yang paling penting dalam hidup.

Anak-anak yang CUKUP YAKIN DIRINYA DIDENGARI DAN DISAYANGI, takkan mempunyai sebab lain untuk dia bersikap degil, rebel dan tidak mendengar kata. GELAS DIA SUDAH KOSONG! DIA BERSEDIA UNTUK MENERIMA ‘ISI-ISI’ BARU DARI KITA!

Hasilnya nanti bila gelasnya kosong, dia akan SANGAT MUDAH BEKERJASAMA dengan kita dalam apa jua aktiviti yang melibatkan dirinya dan arahan dari kita.

Jadi, jangan kata anak tak dengar cakap kita.

Tidak.

Bukan anak tak dengar cakap kita.

Tapi sebenarnya kita yang belum bercakap dengan anak. Gelasnya ‘penuh’ sangat! Dah tak boleh terima lagi. Kosongkan dulu gelasnya, DENGAR cerita mereka, cakap-cakap benda ‘tak penting’ dengan mereka yang merangsang mereka berkata-kata dan meluah dengan kita.

Jom kita audit, apa benda yang selama ini kita ‘CAKAP’ dengan mereka?

Cakap yang membantu mereka meluahkan rasa dan mengosongkan gelas mereka, atau cakap-cakap yang hanya ibarat limpahan air yang tak mampu diisi ke dalam gelas mereka lagi?

Kalau asyik-asyik cakap benda teknikal yang merimaskan, kita pun menyampah, kita pun tak suka.

Macam suami yang kalau cakap dengan kita, asyik-asyik pasal kameja dia, pasal perut lapar dia, pasal luggage dia nak packing, pasal duit belanja rumah yang tak cukup dan sebagainya.

Padahal pasal kita, apa pun dia taknak cakap. Rambut kita cantik, masakan kita kawan dia puji, rumah dan anak-anak tiptop kita jaga dan sebagainya. Itu semua tak penting untuk suami, tapi penting untuk isteri. Setuju?

Sama juga dengan anak-anak. Jangan cakap benda yang penting untuk kita saja dengan mereka.

Cakap juga benda yang tak penting bagi kita, yang sebenarnya itu amat penting buat mereka.

Ingat, cakap benda yang boleh kosongkan gelas mereka, boleh dorong mereka luahkan perasaan sayang mereka, rindu mereka kepada kita.

InshaALLAH, bila kita bercakap benda yang betul dengan anak-anak dengan MENCUKUPI, anak-anak pun akan SANGAT MUDAH MENDENGAR KATA kita.

Jadi, cuba dulu.

Ubah TOPIK APA yang kita cakap dengan mereka, PILIH TOPIK YANG MEMBANTU MEREKA MENGOSONGKAN 'GELAS' MEREKA dan inshaALLAH, lihatlah perubahan dalam diri anak-anak kita nanti.

Insyallah. Semoga bermanfaat.