Resipi Puding Kastard Koktel Berkuah yang Mudah dan Sangat Sedap


Puding kastard koktel berkuah yang mudah dan sangat sedap.

Menulis ni pun dah rasa terliur mengenang kan rasa manis dan sejuk yang sangat mendamai kan jiwa. Bagai heaven in your mouth. Hehehe

Kalau anda tercari-cari resipi yang nampak Ekslusif tapi simple untuk hidangan tetamu mahupun hidangan seisi keluarga di hujung minggu, saya sarankan cuba lah resipi ini.

Resipi Puding Kastard Koktel Berkuah yang Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN A - Kastard

1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
4 cawan air
2 - 3 sudu besar susu pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir

BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard

1 tin susu cair IDEAL
1 tin air
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila (optional, tak bubuh pun tak pe)
1 tin Buah Koktel (optional, nak bubuh boleh tak bubuh pun boleh. Nak lagi sedap dan menawan, bubuh la.. hehe)
Nata De coco (optional)

Cara memasak Bahan A

    Sedia kan bekas atau acuan untuk letak kan kastard. Ada orang nak buat comey-comey bubuh kastard dalam acuan Coklat Mold. Nanti cute je bila bubuh dalam cawan kkan. Tapi saya, bubuh dalam bekas Tupperware aje, senang nanti tak habis. Tutup semula dan simpan dalam peti ais. Hehehe

Lepas dah sedia kan bekas untuk kastard, ketepikan. Kemudian Masukkan bahan-bahan A kedalam periuk dan gunakan api yang kecil saja.

Kacau dan kacau lagi sehingga adunan kastard pekat berkilat dan berasap. Bila adunan kastard mula meletup-letup atau bunyi macam "plup plup" camtu terus matikan api.

Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang tadi. Jangan tunggu lama-lama tau, sebab nanti adunan tu mengeras, kang jadi bentuk periuk kastard korang. Hahaha

Lepas dah siap, masuk dalam acuan/bekas biar sejuk kemudian baru masukkan ke dalam peti ais. Jangan masuk masa panas-panas tau. Nanti peti ais rosak pulak.

*Nota kecik:
Kalau anda menggunakan coklat mould sebagai acuan utk puding kastard, sebelum digunakan lalukan acuan dengan air, jgn dilap kering tapi biarkan ada sikit air didalam acuan, supaya tak melekat.

Masukkan adunan kastard kedalam piping bag. hati-hati tau, sebab adunan kastard masih panas dan memang sepatutnya di buat masa panas-panas  jadi sayangi lah jari jemari anda. Nak senang guna kitchen Glove. Kemudian Picitkan adunan kastard dalam coklat mould.

Cara memasak Bahan B

Masukkan sume bahan ke dalam periuk. Boleh je guna periuk yang sama. Nanti kastard yang melekat-lekat masa masak bahan A, akan terlarut semula. (Senang nak basuh dan tak membazir..kikiki)

Kemudian, Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit. Bila dah keluar asap dan mengelegak  sikit tu da siap. Tutupkan api.

Bila dah sejuk boleh la campurkan buah Tin Koktel dan Nata De Coco, Masuk sekali dengan air nya. Ada yang tak suka. Jadi ikut la citarasa masing masing.

Cara Hidang dan Cara Makan

Ewah..siap ada cara makan. Cara nya mudah je. Ambil puding kastard yang dah sejuk tadi dan letak kan dalam cawan cantik anda kemudian sudu kan kuah koktel yang sejuk tadi dan hidangkan.

Nak lagi cun, hidang dalam cawan aiskrim dan letak buah ceri merah atas nya memang menawan gituw.

Puding ni di makan sejuk memang sedap. Pasti laku keras. Nyum!

Selamat Mencuba.