Resipi Aiskrim Choki Choki mudah dan sedap kegemaran anak anak



Aiskrim Choki choki kegemaran anak - anak dan juga mak bapak nya... Hahaaa

Di sebabkan bahan dan cara membuatnya sangat lah mudah, jadi anda juga patut mencuba nya di rumah tau. Boleh berjimat duit jajan. Hehehe

Resipi Aiskrim Choki Choki

Bahan-Bahan

1. Susu Pekat 1 Tin
2. Susu Cair 1 Tin
3. Coklat Choki-Choki
4. Plastik Aiskrim
5. Tepung Jagung
6. Garam

Cara Buat Aiskrim Choki Choki

1. Didihkan campuran susu cair dan susu pekat didalam periuk
2. Tambah 4 tin air (guna tin kosong tadi)
3. Tambah 1/2 sudu tepung jagung (untuk melebutkan) dan secubit garam (untuk naikkan lemak)
4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan sejuk sebentar.
5. Sementara tu, Ambil choki-choki dan picit coklat ke dalam plastik aiskrim.
6. Kemudian, Tuang kan bahan didih tadi ke dalam paket aiskrim dan ikat.
7. Beku kan di dalam freezer semalaman
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Nota Kaki:
Masa first time saya cuba masukkan bancuhan aiskrim ke dalam plastic aiskrim ni, saya tak reti nak ikat. Omputij Kata "practice makes perfect" kan, maka gigih juga la saya mencuba ikat.

Tips nak ikat plastic Aiskrim dengan mudah:
Saya guna tali rapia untuk ikat dengan cepat dan tak sakitkan tangan. Sesaat dah siap. Hehehee kredit to brother yang dalam Video ni, saya ulang banyak kali untuk faham kan teknik ikat nya tu.

Selamat Mencuba.