,

Susu kurang, Apa yang Ibu Perlu Tahu?

1/15/2017

---------------------------------------------------------------
4 WAKTU SUSU IBU JADI SEDIKIT - APA YANG IBU PERLU TAHU
---------------------------------------------------------------
"Kalau boleh saya tak mahu anak ambil susu formula." beritahu seorang ibu yang sedang risau -- susu nya semakin sikit.
.
Ketahui ilmu ini.
.
Terdapat beberapa fasa yang mungkin ibu merasakan susunya semakin berkurangan atau sedikit (sikit). 
.
WAKTU PERTAMA : SEMASA MENGANDUNG
.
Awareness mengenai penyusuan yang semakin meluas membuatkan ibu mengandung mula bersedia untuk menyusukan.

Beberapa orang yang sedang hamil risau sekiranya cairan susu beliau tidak keluar dari puting.

Soalan yang biasa di tanya ialah “Adakah ianya petanda saya tidak akan ada cukup susu untuk menyusukan anak nanti?”

Susu yang keluar semasa kita mengandung dipanggil prepartum milk. Ianya adalah lebihan yang keluar dalam bentuk cecair pekat dan mungkin keluar (atau tidak) bagi sesetengah ibu.

Sekiranya ada ibu yang mengalaminya, cuci puting dengan air paip biasa tanpa sabun setiap kali mandi. Bersihkannya dengan lembut dan tak perlu guna berus.

Bagi ibu yang tidak mengalaminya pula, tidak mengapa. Ia bukan petanda ibu tidak dapat menyusukan bayi nanti.

Hormon dan bentuk badan ibu berbeza kan?
Teruskan makan makanan yang sihat dan seimbang serta menjalani cara hidup sihat seperti minum air masak dengan secukup nya, iaitu 1liter untuk setiap 25kg berat badan.

Amalkan pengambilan kurma yang dapat membantu memudahkan proses bersalin seterusnya proses menyusukan bayi.

WAKTU KEDUA : HARI AWAL- AWAL MELAHIRKAN

Ketika ini, bayi kerap menangis (bergantung kepada bayi dan faktor-faktor lain). 

Tahukah ibu, faktor cara kelahiran juga mempengaruhi kondisi bayi selepas lahir. Sama seperti emosi ibu semasa mengandung. Maksudnya, bila bayi kerap menangis selepas lahir, ia bukan petanda ibu tidak cukup susu. Jadi bertenang.

Susu di awal kelahiran dipanggil kolustrum yang sangat baik untuk bayi. Ia mengandungi tinggi khasiat seperti protien, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan antibody yang membantu melawan virus dan bakteria terutama di awal kelahiran. Warnanya kuning pekat dan tidak keluar dalam jumlah yang banyak.

Biasanya, ibu tidak akan nampak bagaimana rupa kolustrum kerana sebaik sahaja baby lahir, ibu akan terus menyusukan baby setiap 2 jam.

Sekiranya bayi meragam dan kerap menangis, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.

Namun penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan ya. Sentiasalah Bersabar dan bertenang.

Emosi ibu dan bayi saling berkait. Sekiranya ibu gelisah dan tidak percaya bahawa susunya cukup untuk bayi, bayi dapat merasakannya dan akan lebih meragam. Hebat kan kuasa seorang ibu?

Lagi ibu rasa susu ibu kurang? Lagi kerap susukan baby. Itulah Formulanya!

WAKTU KETIGA : SEBELUM MASUK BEKERJA

Inipun fasa penting yang ibu mula merasakan susunya kurang. Semakin menghampiri hari untuk masuk bekerja, ibu perlu buat stok susu beku.

Biasanya kita panggil Expressed Breastmilk (EBM).

Badan ibu ini ada sistem, jika kita tak pernah mengepam sepanjang tempoh berpantang (walaupun menyusu baby sepenuhnya setiap 2 jam) dan baru mahu mula mengepam susu seminggu sebelum masuk kerja — menanda kan badan tak biasa.

Ia akan hasilkan susu yang sedikit (dimata kita).

Tambah pula baby semakin manja dan mahu menyusu sentiasa. Lagilah ibu rasa serba tak kena.

Cara-cara mengatasi masalah ini sebelum ianya berlaku ialah — mulakan mengepam susu awal iaitu sewaktu baby seminggu dilahirkan. Terus beli pam susu waktu ni dan mengepam setiap kali waktu baby tidur.

Banyakkan sayur didalam hidangan dan pengambilan supplement juga penting. Badan ibu nak pakai lama kan?
Pertimbangkan pengambilan Set Menyusu Shaklee 

WAKTU KEEMPAT : SEWAKTU BABY BERUSIA 6 BULAN

Ramai juga ibu mengalami susu kurang sewaktu bayinya berusia 5 ke 6 bulan. Waktu ni bayi sudah mula aktif dan sangat suka bermain — jadi ada bayi yang semakin kurang menyusu sewaktu bersama ibunya.

Kadang tu waktu menyusu pun si manja anda menyusu dengan tidak efektif sebab sama-sama tengok cerita Korea dengan ibu di TV haha!

Bayi mula berminat dengan makanan dan ini juga boleh menyebabkan susu ibu semakin berkurangan.

Mahu di ingatkan di sini, Ibu yang bekerja jangan skip waktu mengepam 3 jam sekali biarpun baby sudah minum kurang satu botol di rumah pengasuh kerana sudah makan.

Teruskan berazam untuk mengepam susu sampai baby berusia 2 tahun dan prinsip EBM iaitu susu perahan ini ialah “Biar banyak dan berlebih, jangan sampai tak cukup bekal untuk anak”

Susu juga boleh jadi berkurangan sekiranya ibu ataupun bayi tidak sihat. Kerana itu ibu kena sentiasa jaga kesihatan dan berdoa supaya susu ibu yang diberikan dapat membantu bayi mendapatkan permulaan yang terbaik.

Ibu boleh juga lakukan power pumping dirumah dan dipejabat — ianya sangat membantu! Selepas ini, ibu usah khuatir jika susu ibu berkurangan.

Prinsip supply and demand sangat penting untuk diamalkan iaitu semakin tinggi demand dari pam dan anak, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Yang penting, ibu ada ilmu!

Tiga perkara ini ibu menyusu kena kekalkan:
1. Sentiasa menyusukan baby 2 jam sekali semasa bersama baby
2. Mengepam susu 3 jam sekali ditempat kerja atau bila berjauhan dengan baby
3. Sentiasa bertenang dan amalkan makanan seimbang dan pertimbangkan pengambilan Suplement sebagai penggalak susu.

Ini apa kata mereka yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee











Dapatkan Set Menyusu dan Tambah Susu ibu Shaklee, Hubungi 

Siti 019-552 2329

Bagi anda yang berada di sekitar Seri Kembangan, Pasar Borong Selangor, Equine Park dan The Mines boleh la terus hubungi saya untuk saya hantar kan ke rumah anda


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Blog Archive

Most Welcome